Social Icons

Pages

Featured Posts

Selasa, 1 Mei 2012

Destinasi seterusnya-SKM2

-Sekembalinya aku dari negeri Johor,aku dan keluarga menetap di Kampung batu 25.Aku didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Machang 2-sebuah sekolah yang jauhnya 7KM dari rumah.Aku ditempatkan dikelas yang diberi nama 5 kenanga,kelas ranking kedua. Ternyata bahasa Kelantan aku sedikit kurang dek kerana terlalu lama berada di negeri Johor dan bercakap luar.Namun itu bukanlah penghalang bagi aku untuk bercampur gaul dengan penduduk 5 kenanga. Orang yang paling awal yang aku kenali adalah Asyraf,dia adalah ketua kelas 5 kenanga.Guru kelas kami ialah Ustazah Zukartini-peramah orangnya.Aku juga berazam untuk mendapat nombor satu bagi kedudukan kelas pada peperiksaan yang mendatang. Seperti yang aku azamkan aku berjaya mengatasi pelajar lain dan mendapat nombor satu ketika peperiksaan.Aku terus kekalkan prestasi aku sehingga akhir tahun.Pada tahun berikutnya,aku dinaikkan kelas 6 Seroja-kelas ranking pertama.

DAPATAN

-Dalam hidup ini kita sebagai manusia akan sentiasa meneruskan perjalanan.Semuanya telah ditentukan oleh tuhan yang maha mengetahui.Sentiasa bersabar,bertekad,bertawakal,bersungguh-sungguh agar segala ujian dapat kita tempuhi dengan jayanya.

Ke SMK Machang

-Januari,2007,aku melangkah perlahan-lahan memasuki gerbang utama Sekolah Menengah Kebangsaan Machang.Mana tidaknya,inilah kali pertama aku menerobos ke alam sekolah menengah setelah berjaya mengharungi ranjau berduri sewaktu di sekolah rendah. Gerak langkahku semakin kencang,apabila terlihat kelibat seseorang yang aku sudah biasa disuatu sudut kaki lima-Wan rakan sekelasku ketika darjah enam.Aku berbual kosong dengannya sehingga semakin ramai rakan SKM2 menyertai kami. Kedengaran bunyi nyaring loceng yang menandakan semua warga SMK Machang untuk berkumpul di medan perhimpunan.Semua pelajar baru dikumpulkan disatu tempat.Acara perhimpunan rasmi bermula,kami selaku pelajar baru diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh.Selesai majlis perhimpunan kami dipecahkan dan dibahagikan(bunyi macam divide and rule pula) kepada beberapa kelas mengikut tahap pencapaian UPSR kami.Aku ditempatkan dikelas 1A2-kelas ranking kedua.

DAPATAN

-Masa senantiasa berjalan tanpa pernah berehat.Begitulah jua dengan usia kita semakin meningkat usia seseorang semakin dia sedar akan hakikat bahawa dunia hanyalah persinggahan bagi manusia untuk ke alam akhirat.Oleh yang demikian,masa hendaklah digunakan sebaik yang mungkin.